fbpx

[VIDEO] Mangsa ‘khemah terbang’ jalani pembedahan pinggul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Seorang penggali kubur yang mengalami kecederaan pada anggota tubuhnya dalam kejadian ‘khemah terbang’ di sebuah tanah perkuburan di Kota Damansara selamat menjalani pembedahan pinggul hari ini.

Menurut abang mangsa, Mohd. Yusof Abdul Nasir, pembedahan kali kedua itu dilakukan selepas pihak hospital menjalankan pembedahan tangan pada Khamis lalu.

“Alhamdulilah, keadaan adik saya (Mohd. Nizam Abdul Nasir) dalam keadaan stabil dan dia kini dirawat di Hospital Colombia, Petaling Jaya.

“Difahamkan, dia juga mengalami patah tulang rusuk dalam kejadian itu dan kami masih menunggu keputusan seterusnya daripada pihak hospital untuk melakukan pembedahan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2020/12/25/video-penggali-kubur-cedera-khemah-terbang/

Mengimbau semula insiden malang itu, Mohd. Yusof berkata, kejadian yang berlaku pada minggu lalu turut mencederakan tiga rakan adiknya yang lain.

“Keempat-empat mereka bertugas sebagai penggali kubur di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan ketika kejadian hanya Mohd. Nizam cedera teruk manakala yang lain tidak mengalami kecederaan.

“Insiden itu adalah perkara biasa memandangkan tanah perkuburan itu terletak di kawasan lapang dan angin seperti puting beliung sering terjadi,” ujarnya.

Pada masa sama, Mohd. Yusof juga memohon maaf kepada pihak terlibat sekiranya video yang dimuat naiknya mengundang kecaman dan kemarahan orang ramai.

“Niat (memuat naik video) cuma mahu memohon orang ramai mendoakan kesembuhan adik saya dan tidak pernah bermaksud untuk mengaibkan mana-mana pihak,” jelasnya.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi 19 saat dengan memaparkan sebuah khemah terbang di tanah perkuburan ketika kerja-kerja menggali kubur dijalankan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI