fbpx

Bermesra dengan haiwan di Petting Zoo@Gunung Lang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (kanan) bersama Mohd Syariff (kiri) melihat haiwan yang dipamerkan selepas merasmikan Pra Pelancaran Petting Zoo di Taman Rekreasi Gunung Lang pagi tadi. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Petting Zoo@Gunung Lang yang menjadi tarikan baharu di bandar raya ini dijangka dapat meningkatkan lagi kunjungan orang ramai ke Perak sekaligus memacu sektor pelancongan domestik.

Lokasinya yang strategik terletak di Jalan Kuala Kangsar di sini yang boleh diakses melalui Lebuhraya Utara Selatan turut memudahkan pengunjung.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, petting zoo atau zoo haiwan jinak ini merupakan satu lagi inisiatif baharu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk menambah produk pelancongan sedia ada.

Menurut beliau, usaha MBI ini turut membantu kerajaan negeri Perak memacu sektor tersebut terutamanya dalam aspek infrastruktur dan promosi.

“Petting zoo ini merupakan usaha sama MBI bersama Pavillion Agro Farm dengan memilih satu lokasi di Gunung Lang seluas empat ekar yang juga merupakan kawasan Geopark Lembah Kinta.

“Kita menempatkan petting zoo di sini bagi menambahkan aktiviti untuk mempelbagaikan lagi tarikan pelancongan di kawasan ini,” ujarnya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pra Perasmian Petting Zoo di Taman Rekreasi Gunung Lang di sini hari ini.

Pada fasa pertama, sebanyak 25 jenis haiwan dipamerkan dengan jumlah kesemuanya kira-kira 300 ekor.

Antaranya pelbagai spesies seperti ayam, rakun, ayam belanda, kambing, pelbagai spesies burung, iguana hijau, ular sawa dan kuda.

Paling digemari pengunjung cilik ialah Dunia Arnab yang mempamerkan lebih 10 spesies haiwan comel ini dengan keletahnya tersendiri.

Sementara itu kata, Mohd. Syariff, waktu operasi Petting Zoo Gunung Lang bermula pukul 9 pagi hingga 7 malam dengan petugas seramai 12 orang.

Tambahnya, bayaran masuk RM6 dikenakan kepada pengunjung tempatan dan RM10 bagi warga asing.

“Pada fasa seterusnya kita akan mempamerkan lebih banyak haiwan selain menawarkan aktiviti seperti menaiki kuda,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI