KUALA SELANGOR- Sejumlah 68 operasi sanitasi dijalankan oleh bomba Zon Kuala Selangor di seluruh daerah Kuala Selangor sejak April hingga hari ini.
Ketua Zon 7 Selangor Utara Bomba Selangor, Muhammad Raffanjani Rahim berkata, operasi tersebut dijalankan setelah mendapat permintaan daripada pihak kerajaan dan swasta sebagai langkah pencegahan Covid-19.
“Berdasarkan rekod, 68 kerja sanitasi dilakukan di bangunan agensi kerajaan dan kawasan awam seperti Pasar Awam Tanjung Karang, Balai Polis Bestari Jaya dan Pusat Kebajikan Masyarakat Kuala Selangor.
“Kita juga menjalankan operasi di sekitar perumahan di kawasan Alam Perdana dan Taman Desa Coafield,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut, kerja-kerja sanitasi itu dijalankan oleh enam buah balai melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sekinchan, Bestari Jaya, Sungai Besar dan Sabak Bernam dengan kekuatan 93 anggota termasuk pegawai. -K! ONLINE