fbpx

2,335 kes positif, 11 kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara kembali melaporkan kes melebihi 2,000 selepas merekodkan angka tertinggi hari ini dengan 2,335 kes harian menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 103,900 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 2,324 adalah kes tempatan manakala 11 kes import.

“Angka jangkitan turut dilaporkan daripada 11 kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Seng di Kuala Lumpur, Kluster Plastik Subang dan Kluster Jalan Asam di Selangor serta Kluster Pagar Siput dan Kluster Sungai Redan di Johor

“Selain itu, turut dilaporkan ialah Kluster Halban dan Kluster Seragam Chepa di Kelantan, Kluster Lis Putih dan Kluster Sentosa Residensi di Pulau Pinang, Kluster Pagar Bentong dan Kluster Semambu di Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, dua lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan membabitkan warganegara menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 451.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 874 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 83,414 setakat hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI