fbpx

Vaksin koronavirus Pfizer-BioNTech cetus alahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berjalan di hadapan ibu pejabat Pfizer Inc. di Bandar Raya New York City. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Ketua Penasihat Saintifik untuk Operasi Warp Speed, Dr. Moncef Slaoui  mendedahkan kekerapan reaksi alergi terhadap vaksin Pfizer-BioNTech koronavirus lebih tinggi daripada yang diharapkan bagi suntikan lain, demikian menurut sebuah laporan.

Menurut laporan stesen penyiaran CNN semalam, Slaoui mengatakan kali terakhir dia mendapat maklumat mengenai reaksi alahan adalah pada hari Selasa lalu ketika terdapat enam kes dan memberitahu data terkumpul berkenaan suntikan imunisasi COVID-19 adalah ketinggalan daripada angka sebenar.

“Kekerapan itu seperti yang dicatat kelmarin, lebih tinggi berbanding suntikan lain” katanya.

Slaoui memberitahu, perbincangan sedang dilakukan antara pembuat vaksin dan Institut Kesihatan Nasional (NIAID) untuk mempertimbangkan mengadakan ujian klinikal vaksin pada populasi yang berisiko tinggi mendapat alergi seperti golongan yang sentiasa perlu membawa ubat anti-alergi dalam alat EpiPen.

Isnin lalu, seorang pegawai NIAID mengatakan Amerika Syarikat (AS) sedang membuat kajian berkenaan punca beberapa orang mengalami reaksi alergi yang teruk sejurus selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 daripada Pfizer.

Ketua Cawangan Alergi, Asma, dan Biologi Airway NIAID, Alkis Togias, memberitahu CNBC bahawa beberapa ratus orang yang mempunyai sejarah reaksi alergi yang teruk akan terlibat dalam kajian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI