fbpx

Ucapan perayaan pada produk dibenarkan – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan ucapan perayaan pada produk adalah dibenarkan sekiranya ia dibuat bukan dengan tujuan untuk dipamerkan dalam premis yang telah dipersijilkan halal atau pada produk yang ditandakan dengan logo halal.

 

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, tiada peruntukan yang menyentuh mengenai sambutan apa-apa perayaan termasuklah perayaan Islam di dalam dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

 

“Selain itu, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) hanya terpakai bagi pemohon dan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia,” katanya.

 

Abdul Aziz berkata demikian sebagai reaksi kepada artikel isu ucapan ‘Merry Chirstmas’ yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

 

Sebelum ini, media melaporkan mengenai insiden sebuah kedai roti yang tidak dapat melayan permintaan pelanggannya untuk menulis ‘Merry Christmas’ di atas kek yang dipesan untuk dihantar kepada seorang rakan.

 

Berdasarkan laporan itu, pemilik kedai roti mengatakan tindakan tersebut dilakukan kerana dia harus mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jakim sebagai sebahagian daripada proses permohonan untuk mendapatkan sijil halal.

 

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi ciapan di Twitter turut mengulas isu sama dan menafikan Jakim melarang ucapan perayaan pada produk yang diberikan sijil halal.

 

“Ringkasnya, jika kedai B yang ada sijil halal Jakim buat kek dengan ucapan perayaan pada kek untuk tujuan pameran di dalam premis, ia tidak dibenarkan tetapi jika kedai B menyediakan kek yang ditempah pelanggan A dan ada ucapan perayaan pada kek, ia dibenarkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI