fbpx

Tular 1,500 penghantar LEL Express hilang mata pencarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 1,500 penghantar Lazada Ekspress (Malaysia) Sdn Bhd. (LEL Express) didakwa ditamatkan kontrak oleh pihak syarikat semalam.

Surat penamatan kontrak dan keluhan penghantar LEL Ekspress yang dipercayai kehilangan mata pencarian akibat keputusan itu tular di media sosial hari ini.

Tangkap layar keluhan salah seorang penghantar LEL Ekspress di Facebook semalam.

 

Berdasarkan surat penamatan kontrak tersebut, LEL Ekspress memaklumkan langkah berkenaan diambil disebabkan penurunan jumlah barang yang perlu dihantar.

Sumber Lazada Malaysia ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan penamatan kontrak dilakukan, namun maklumat yang tular itu tidak sepenuhnya tepat.

“Lazada Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini dalam tempoh terdekat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI