fbpx

Tujuh ditahan memandu mabuk malam Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang pemandu yang diperiksa polis dalam Op Mabuk yang diadakan di Jalan Stulang Laut, semalam.

JOHOR BAHRU – Seramai tujuh lelaki ditahan polis kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh minuman keras dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Jalan Stulang Laut, di sini malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (JSPT IPK) Johor, Superintenden M. Kumarasan berkata, Op Mabuk berkenaan dibuat sempena perayaan Krismas.

Jelasnya, dalam operasi itu, pihaknya turut mengeluarkan 48 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.

“Sempena sambutan perayaan Krismas tahun ini, kami telah melaksanakan Op Mabuk di Jalan Stulang Laut bermula pukul 9 malam, semalam.

“Sepanjang operasi itu, tujuh lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 60 tahun telah ditahan kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Polis turut mengeluarkan sejumlah 48 saman kepada pengguna jalan raya melibatkan pelbagai kesalahan berbeza,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, operasi tahunan itu dijalankan seramai 21 pegawai dan anggota dari JSPT IPK Johor dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Kesemua individu ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI