fbpx

Mourinho berang aksi Alli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLI gagal membuat Mourinho teruja sebaliknya kesilapan yang dilakukan menyebabkan pengurus itu cukup marah. – AFP

STANFORDSHIRE – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menuduh pemain tengahnya, Dele Alli sebagai pencetus masalah untuk pa­sukan itu ketika mereka mencatat kemenangan 3-1 ke atas Stoke City pada aksi suku akhir Piala Liga Inggeris awal pagi semalam.

Dia melakukan kesilapan sehingga Stoke berjaya mengambil kesempatan itu untuk menjaringkan gol penyamaan.

“Pada saya pemain yang bermain dalam posisi itu perlu mencipta peluang dan bukannya memberikan masalah kepada pasukan sendiri.

“Pada separuh masa pertama kami cukup mantap. Mereka tidak berjaya untuk menyentuh bola.

“Kami sepatutnya membunuh perlawanan itu lebih awal dan bukannya memberikan mereka gol penyamaan untuk bangkit,” katanya.

Stoke menjaringkan gol penyamaan menerusi Jordan Thompson pada minit ke-53 sekali gus memadamkan ke­lebihan jaringan pembukaan oleh Gareth Bale, namun Spurs kembali bangkit dengan dua gol menerusi Ben Davies dan Harry Kane untuk mara ke separuh akhir dan dijangka bertemu Brentford untuk tiket ke final. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI