MINGGU lalu ramai bersorak gembira apabila penyanyi senior, Kim Jong-kook diumumkan sebagai penerima utama Anugerah SBS 2020.
Bagaimanapun, peminat K-pop tetap melahirkan rasa tidak puas hati dan terkilan apabilaseorang lagi selebriti pujaan ramai, Lee Kwang-soo yang merupakan watak utama dalam program televisyen popular, Running Man pulang dengan tangan kosong.
Biarpun ramai yang gembira dengan kemenangan Jong-kook dan Haha untuk kategori Top Excellence (Show/Variety), namun rata-rata peminat mahu Kwang-soo turut sama diiktiraf.
Keputusan berkenaan membuatkan ramai yang kecewa dengan tindakan produksi anugerah tersebut. Masing-masing menyifatkan acara tersebut sengaja mengabaikan sumbangan pelakon dan pelawak tinggi lampai itu.