fbpx

Kurang 24 jam Ebit bantu keluarga tidur dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Keperitan hidup S.Ganesh serta keluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selama lapan bulan di sekitar Padang Polo di sini mendapat perhatian daripada penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang meluangkan masa menziarahi keluarga berkenaan hari ini.

Perkara itu dikongsikan Ebit menerusi satu hantaran di laman sosial Facebooknya selain menyifatkan tidak mampu menahan sebak ketika bertemu S.Ganesh, 34, isteri, Parameswary, 32 dan tiga anak mereka berusia antara enam tahun hingga 8 bulan.

Dalam statusnya, Ebit berkata, beliau sebak ketika membaca mengenai kisah Ganesh hari ini.

Keratan berita Kosmo! hari ini.

“Cuti umum Krismas dari Johor Bharu terus saya ke Pulau Pinang. Menangis sebak hari ini masa di Johor Bharu terbaca pasal Ganesh dan isteri, Parameswari serta tiga anak kecil yang tidur lapan bulan di dalam kereta.

“Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta sahaja,” katanya di laman Facebook beliau hari ini.

Kosmo! hari ini menyiarkan kisah Ganesh dan keluarganya yang terpaksa tinggal di dalam kereta jenis Proton Iswara sejak lapan bulan lalu selepas kediaman mereka musnah terbakar.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2020/12/25/kereta-inilah-tempat-tinggal-kami/

Lima beranak berkenaan juga menggunakan bekalan air di tandas-tandas awam untuk membersihkan diri serta memasak untuk anak-anak mereka.

Menurut Ebit beliau membantu keluarga berkenaan dengan menyewa sebuah rumah dengan tiga bilik untuk keluarga Ganesh.

“Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah Projek Perumahan Rakyat (PPRT).

“Mereka telah dua kali mohon semenjak rumah terbakar, tetapi jika mereka terus ingin terus di situ pun saya akan terus bayarkan dengan gembira,” katanya.

Tambah Ebit beliau turut menghadiahkan peti ais, mesin basuh, televisyen, periuk nasi, kipas, katil, barang keperluan serta wang untuk dibelanjakan keluarga berkenaan.

Kredit Facebook Ebit Lew

“Baik sangat pasangan ini, tidak berhenti Ganesh dan isteri ucapkan terima kasih dan mereka menangis terharu.

“Kata mereka kenapa banyak sangat dan mereka suka sangat tengok rumah, saya gembira dapat tengok senyuman anak-anak comel,” katanya.  -K!
ONLINE

Kediaman baharu Ganesh sekeluarga. Kredit Facebook Ebit Lew
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI