fbpx

Ibu beri bayi minum susu telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Resepi susu formula bayi yang dicampur telur mentah dikongsi seorang wanita dari Indonesia di laman Twitter. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita dikecam teruk oleh netizen apabila berkongsi resepi susu formula dicampur kuning telur sebagai minuman ‘khas’ untuk kebaikan tumbesaran bayinya.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter @AREAJULID, satu rakaman video memaparkan seorang ibu sedang membancuh susu yang kononnya sangat berkesan membuat anak cepat tumbuh gigi, berjalan dan meningkatkan kecerdasan otak.

Resepi itu mengandungi telur mentah sebagai bahan utama yang dicampurkan ke dalam susu formula.

“Kuning telur mentah (sama ada telur ayam atau burung puyuh) dicampur sekali dengan susu formula di dalam botol, tambahkan air panas dan sedikit air masak lalu digoncang,” tulisnya.

“Resipi saya adalah untuk memastikan bayi sihat, kuat, genius, cepat tumbuh gigi, cepat berjalan dan banyak lagi kecerdasan lain,” ujarnya.

Perkongsian ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen yang mengatakan resepi ini menjadikan bayi berisiko tinggi dijangkiti bakteria Salmonella yang ada pada telur mentah.

“Kenapa tidak suapkan bayi dengan sirap vitamin atau makanan tambahan lain yang lebih selamat berbanding telur mentah,” tanya seorang netizen.

“Jangan buat begini ya para ibu. Pakar kanak-kanak tidak pernah mengesyorkan makanan separuh masak atau mentah diberikan kepada bayi yang baru mulakan makanan pejal,” ujar seorang lagi.

Kesan jangkitan bakteria Salmonella ke atas bayi boleh menyebabkan pendarahan usus, demam panas, keletihan serta mengalami gejala mulut dan lidah kering. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI