fbpx

Emerson mungkin kembali beraksi di Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMERSON hanya beraksi dalam dua perlawanan EPL musim ini menyebabkan dia mungkin memilih destinasi lain yang mampu memberinya lebih banyak peluang. – AFP

LONDON – Ejen pemain perta­hanan Chelsea, Emerson Pal­mie­ri mengesahkan bahawa terdapat khabar angin pemain itu ba­kal meninggalkan Stamford Bridge dalam tempoh terdekat.

Chelsea mengeluarkan dana sebanyak £18 juta (RM98.10 juta) untuk mendapatkan pemain itu dari AS Roma pada Januari 2018 dengan kontrak selama empat tahun setengah.

Pemain berusia 26 tahun itu membuat 63 penampilan dalam semua kejohanan dan menjaringkan satu gol selain membantu The Blues meraih kejuaraan Piala FA dan trofi Liga Europa sebelum ini.

Bagaimanapun, pelantikan Frank Lampard sebagai pengurus pasukan itu menyaksikan Emerson gagal menembusi ke­sebelasan utama.

Dia hanya beraksi dalam dua perlawanan Liga Perdana Ingge­ris termasuk ketika masuk menggantikan Ben Chilwell yang mengalami kecederaan sewaktu meraih kemenangan 3-0 mengatasi West Ham United Isnin lalu.

Inter Milan dan Juventus dilaporkan sedang memantau se­cara dekat perkembangannya pada jendela perpindahan musim panas lalu dan mereka mungkin akan kembali lagi pada pasaran Januari nanti.

Bagaimanapun, Fernando Garcia yang menjadi ejen Emerson percaya bahawa kliennya itu akan kekal lebih lama bersama Chelsea sekurang-kurangnya sehingga hujung musim nanti.

“Adakah dia akan meninggal­kan Chelsea Januari ini? Saya tidak percaya. Saya tidak pasti mengenai kemungkinan dia akan kembali ke Itali,” jelasnya.

Jelasnya, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang tawaran rasmi termasuk daripada Inter yang kuat dikaitkan dengan perpindahan Emerson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI