fbpx

Agong puas hati dengan lawatan khas ke Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al- Sultan Abdullah.

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan rasa puas hati terhadap lawatan khas lima hari ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang
berakhir pada hari ini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada Putera Mahkota Abu Dhabi, Yang Mulia Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Kerajaan UAE di atas layanan istimewa yang diberikan.

“Lawatan khas ini menunjukkan hubungan dua hala, negara dan UAE yang kukuh di samping mengeratkan lagi hubungan terjalin di antara kedua-dua pemimpin.

“Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan dan Prevensi UAE Tuan Yang Terutama Dr. Abdul Rahman Mohammed Al Owais,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan UAE di atas hasrat menyumbang vaksin Covid-19 bagi tujuan klinikal di Malaysia.

Tambahnya, hasrat sumbangan vaksin tersebut mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara selain membuktikan Malaysia dan UAE berupaya berganding bahu dalam memerangi wabak Covid-19 dan juga kerjasama bagi pemulihan pasca Covid-19.

“Selain itu, lawatan Baginda ke Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dan Masdar City memberi pendedahan dalam usaha kerjasama beberapa bidang.

“Antaranya ialah bidang huluan dan hiliran, petrokimia dan penapisan minyak serta tenaga boleh diperbaharui,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat tiba di tanah air esok dan akan menjalani ujian saringan Covid-19 bersama-sama delegasi sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Seri Paduka Baginda akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Delegasi pula akan menjalani kuarantin diri di lokasi yang telah ditetapkan oleh KKM,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI