fbpx

United enggan beri Real laluan mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALABA dibenarkan mengadakan rundingan bersama pasukan baharu bermula 1 Januari ini selepas tidak menyambung kontrak bersama Bayern. – AFP

LONDON – Manchester United dilaporkan sedang bersiap untuk memintas tawaran daripada Real Madrid untuk mendapatkan khidmat David Alaba.

Pemain Bayern Munich itu membuat keputusan untuk meninggalkan Bayern Munich selepas gagal mencapai kata sepakat mengenai tawaran kontrak baharu, selain khidmatnya diintai oleh Zinedine Zidane.

Bagaimanapun, United tidak mahu Alaba semudah itu ­me­n­yertai Real dan mahu memberikan saingan pada jendela perpindahan Januari nanti.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan sudah mengadakan rundingan bersama wakil Alaba untuk melihat potensi perpindahan secara percuma pada musim panas akan datang setelah pemain itu bebas daripada kontrak.

Alaba dibenarkan untuk mengadakan perbincangan de­ngan mana-mana pasukan bermula Januari ini selepas Bayern mengesahkan bahawa pemain itu akan meninggalkan Allianz Arena.

Chelsea dan Paris Saint-Germain juga dikatakan berminat untuk mendapatkan Alabat tetapin United hadir dengan tawaran yang agak lumayan apabila sanggup memberikan gaji berjumlah £12 juta (RM65.40 juta) semusim untuk pemain itu.

Bagaimanapun, United perlu melepaskan pemainnya se­perti Phil Jones, Marcos Rojo dan Diogo Dalot sebelum membawa Alaba ke Old Trafford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI