fbpx

Tahanan lelaki lolos dicekup di kawasan semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JITRA – Seorang lelaki yang berada dalam tahanan polis bertindak melarikan diri ketika dibawa ke Mahkamah Jitra di sini untuk dituduh bagi kes dadah, semalam.

Suspek berusia 25 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan di kawasan semak di Kampung Lama Jitra di sini selepas lebih lima jam lolos.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Chien Chunng Tsaur berkata, orang kena tahan itu dibawa dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap ke Mahkamah Jitra kira-kira pukul 9 pagi semalam.

“Lelaki itu dibawa ke mahkamah tersebut bersama enam orang kena tahan lain dalam keadaan bergari dengan diiringi empat anggota polis menggunakan van.

“Setibanya di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10.15 pagi didapati pintu belakang van dalam keadaan berkenaan terbuka sebelum mendapati suspek terbabit telah melarikan diri,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI