fbpx

Suzuki rancang wujudkan pasukan setelit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUZUKI mempamerkan aksi cemerlang musim ini termasuk menyaksikan pelumba mereka, Mir dinobatkan sebagai juara dunia. – AFP

LONDON – Keputusan sama ada Suzuki akan memiliki sebuah pasukan satelit dalam Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2022 akan diketahui pada April tahun depan.

Perkara tersebut didedahkan sendiri ketua pasukan Suzuki, Davide Brivio selepas pasukan mereka melakukan kejutan meraih gelaran dunia MotoGP buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun menerusi pelumba berbakatnya, Joan Mir.

Ketika ini hanya dua pasukan iaitu Suzuki dan Aprilia tidak mempunyai pasukan satelit walaupun Brivio telah berulang kali menyatakan keinginan untuk memastikan pasukan dari Jepun itu mempunyai pasukan satelit sendiri.

Brivio mengakui selepas meraih gelaran dunia mereka perlu melakukan persiapan yang lebih rapi dan jika hanya memiliki dua pelumba di grid akan menyukarkan pasukannya itu mengumpul data yang mencukupi.

“Mengenai pasukan satelit, kami telah banyak kali membincangkannya. Dalam aspek lain, ada yang menganggapnya tidak perlu kerana kami telah berjaya meraih gelaran tanpa bantuan pasukan satelit.

“Tetapi, jurutera kami tidak setuju dengan idea tersebut ke­rana pasukan memerlukan data yang lebih banyak. Jika hanya mengharapkan dua pelumba ia tidak mencukupi untuk kami benar-benar menjadi yang terbaik.

“Lebih-lebih lagi ketika beraksi dalam keadaan cuaca hujan, ia menyukarkan pasukan untuk mengumpul data. Jika ada ramai pelumba, ia memberi kelebihan kepada pasukan.

“Pada akhirnya segala keputusan perlu mendapat persetujuan dengan pengurusan atasan Suzuki sendiri mengenai matlamat mereka dalam saingan MotoGP. Pasukan harus memutuskan lebih awal iaitu pada April nanti,” kata Brivio. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI