fbpx

Siti tidak sabar lihat Walk of Fame dirinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI tidak sabar lihat WOF sendiri di Adelaide, Australia.

SHAH ALAM – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan penghargaan namanya terpahat di Walk Of Fame (WOF) di Sungai Torrens, Adelaide, Australia sebagai hadiah ulang tahun ke-25 dalam industri tahun depan.

Siti Nurhaliza yang teruja dengan penghargaan itu juga tidak sabar untuk untuk melihat dan bergambar di tapak WOF yang tertera namanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, akan pergi ke tapak tersebut selepas pandemik Covid-19 itu reda.

“Saya gembira dan bersyukur dan tidak menyangka sebenarnya mendapat penghormatan nama saya diletakkan di WOF di Adelaide, Australia.

“Memang saya tidak sabar untuk melihat dan bergambar di tapak WOF yang tertera nama saya.

“Bila pihak berkuasa mengatakan rakyat Malaysia selamat untuk ke luar negara, InsyaAllah saya akan ke sana,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kata Siti Nurhaliza, pihak pengurusannya telah dihubungi pihak penganjur berkaitan pengiktirafan sewaktu mencalonkan nama saya.

“Saya kemudannya terpilih menerusi undian terbanyak Public Choice. Apabila saya mendapat undian tertinggi untuk diabadikan di WOF, pihak Siti Nurhaliza Productions dan juga peminat menunjukkan kepada saya pemberitahuan daripada penganjur menerusi Facebook rasmi mereka,” jelasnya.

Mengulas mengenai impian untuk berada di WOF di Hollywood, Siti Nurhaliza berkata, pencapaian tersebut sememangnya menjadi impian semua penggiat seni di seluruh dunia.

“Namun pencapaian di WOF di Australia adalah pencapaian yang saya rasa tertinggi dicapai setakat ini. Alhamdullillah, saya ucapkan dan terima kasih kepada peminat yang mengundi saya,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI