fbpx

PGA rampas ayam sejuk beku bernilai lebih RM98,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYAM beku yang diseludup dari negara jiran dirampas oleh PGA Batalion 7 di Jalan Banggol Kulim, Rantau Panjang semalam.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas ayam sejuk beku seberat 9.84 tan yang dianggarkan bernilai RM98,400 dirampas selepas menahan sebuah lori di Jalan Banggol Kulim di sini semalam.

Dalam tangakapn pada pukul 4.50 petang itu, anggota PGA turut menahan pemandu lori yang berusia 24 tahun untuk membantu siasatan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepasukan anggota PGA telah membuat pemerhatian terhadap sebuah lori yang keluar daripada Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini selepas ia dipandu dalam keadaan yang mencurigakan.

Katanya, anggota PGA terus mengekori sebelum bertindak menahan lori tersebut.

“Sewaktu ditahan, anggota PGA meminta pemandu untuk mengemukakan dokumen pengenalan diri dan invois berkaitan muatan barangan yang dibawa.

“Pada masa sama, kita telah memeriksa bahagian belakang lori yang mengandungi beberapa kotak berisi ayam beku, namun terdapat beberapa perkara yang meragukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azhari, lori itu kemudiannya dinawa balik ke Kompeni Taktikal (Komtak) di Taman Bakti di sini untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, menerusia pemeriksaan itu, anggota PGA mendapati kuantiti jumlah kotak yang berisi ayam beku melebihi dan tidak sama dengan dokumen yang dikemukakan.

Azhari berkata, siasatan awal mendapati tindakan itu dilakukan bagi mengelak daripada membayar cukai tambahan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI