fbpx

Pakaian seludup bernilai lebih RM312,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNGKUSAN pakaian seludup yang dirampas oleh PGA Batalion 7 di dalam sebuah lori di Jalan Banggol Kulim, Rantau Panjang semalam.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 mematahkan cubaan menyeludup baju-t dan pakaian wanita bernilai lebih RM312,000 selepas menahan sebuah lori di Jalan Banggol Kulim di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam tangkapan pada pukul 5 petang itu, anggota PGA turut menahan seorang pemandu berusia 55 tahun.

Menurutnya, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota telah mengekori lori tersebut selepas ia keluar dari Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.

“Apabila sampai di Jalan Banggol Kulim, anggota PGA telah menahan lori tersebut untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan pada bahagian belakang lori itu telah menemui beberapa bungkusan berisi pelbagai jenis pakaian. Setelah diperiksa, kita mendapati terdapat beberapa perkara yang meragukan menerusi dokumen yang menunjukkan kuantiti guni berisi pakaian itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Azhari memberitahu, lori yang mengandungi pakaian itu kemudian dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) PGA di Taman Bakti di sini untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, pemeriksaan lanjut itu turut menemui pakaian wanita dan mesin pengisar yang tidak sama dengan dokumen yang dikemukakan.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk barangan dan lori dianggarkan berjumlah RM 463,455.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI