fbpx

Maxus lancar ambulans untuk pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengedar jenama Maxus, Weststar Maxus Sdn.Bhd. telah melancarkan ambulans dengan ciri-ciri Tekanan Negatif yang pertama di Malaysia baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pengedar jenama Maxus, Weststar Maxus Sdn.Bhd. telah melancarkan ambulans dengan ciri-ciri Tekanan Negatif yang pertama di Malaysia baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Julius Jonathan, ambulans itu menggunakan model Maxus V80 menawarkan perlindungan dua tahap untuk petugas kesihatan dan barisan hadapan ketika menjalankan tugas.

Katanya,ciri-ciri itu berfungsi apabila tekanan udara di dalam ambulans dikekalkan di bawah tekanan barometrik persekitaran.

“Kabin ambulans pada dasarnya menjadi ruang tertutup kedap udara dan hanya udara luar yang dapat masuk ke dalam kabin.

“Udara dalam kabin hanya akan dikeluarkan setelah kenderaan ini melalui alat pembersih tekanan negatif bio keselamatan dengan menggunakan lampu ‘ultraviolet’ bagi membasmi kuman di dalam kabin secara automatik setelah digunakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, ambulans itu juga lengkap dengan katil usung bersama ruang pengasingan dan sistem penapisan Tekanan Negatif.

“Ruang pengasingan dibuat menggunakan filem TPU khas dan menggunakan tiang ABS pada setiap struktur sudut.

“Bahagian ini juga dilengkapi dengan ruang sarung tangan terbina untuk memudahkan petugas kesihatan merawat pesakit terlibat,” tambahnya.

Jelasnya, bahagian dalaman ambulans itu turut hadir dengan fungsi amaran pada sistem keselamatan sekiranya berlaku kebocoran udara.

“Ciri-ciri yang terdapat dalam ambulans ini dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada petugas-petugas yang menaiki kenderaan ini,” jelasnya.

Selain itu, ambulans yang diimport sepenuhnya itu turut dilengkapi dengan peralatan perubatan mengikut piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI