fbpx

Kilang sarung tangan getah dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKD dan JTKSM melakukan pemeriksaan di asrama sebuah kilang sarung tangan getah yang didapati gagal mematuhi SOP Covid-19 di Pelabuhan Utara, hari ini. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Sebuah kilang sarung tangan getah di Pelabuhan Utara di sini dikompaun RM1,000 selepas didapati gagal mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang, Ily Sazwani Mashudi berkata, tindakan tersebut selepas kilang berkenaan berpotensi menyebabkan jangkitan Covid-19 susulan tiada penjarakan sosial.

Katanya, pengeluaran kompaun dilaksanakan mengikut Peraturan 10, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342.

“Hasil semakan mendapati terdapat 18 pekerja tinggal di bilik asrama itu walaupun majikan memaklumkan hanya 12 orang sahaja tinggal di situ.

“Pemilik kilang juga gagal melakukan disinfeksi dan sanitasi di dalam asrama pekerja sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perlu direkodkan,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bersama Jabatan Tenaga Kerja Bangi
dan PKD Klang telah melakukan Ops syarikat sebagai langkah pencegahan Covid-19 di sebuah kilang di Pelabuhan Utara hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM, Mohd Asri Abdul Wahab.

Jelas Ily Sazwani, pemeriksaan semula akan dibuat terhadap kilang berkenaan dalam masa terdekat agar mematuhi prosedur standard operasi yang telah ditetapkan KKM. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI