fbpx

Ketua Pegawai Modal Insan TH rangkul anugerah Women in HR Leadership Awards

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina Sarif

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kejayaan Ketua Pegawai Modal Insannya, Rina Sarif, merangkul anugerah ‘Women in HR Leadership Awards’ sempena majlis Malaysia Leadership Awards anjuran World HRD Congress ke-28 edisi 2020-2021 baru-baru ini.

TH menerusi satu kenyatan hari ini berkata, anugerah tahunan tersebut sebelum ini telah berjaya menarik lebih 1,800 penyertaan sektor profesional dari 133 buah negara seluruh dunia.

“Awal memulakan tugas di TH, Rina Sarif berjaya menjenama semula Jabatan Sumber Manusia kepada Jabatan Modal Insan dan gaya kerja beliau yang menekankan aspek kerja berorientasikan hasil, impak serta berdaya saing tinggi mendorong kualiti kerja lebih efisyen juga proaktif.

“TH mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Rina Sarif dan berharap kejayaan beliau akan menjadi inspirasi kepada semua wanita di Malaysia, khususnya golongan professional dalam kepimpinan dunia korporat,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Rina ketika menerima anugerah tersebut berkata, beliau berharap agar pencapaian tersebut menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada warga kerja TH keseluruhannya.

“Saya berasa amat bersyukur dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Urusan Kumpulan TH dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen serta semua warga TH atas sokongan yang diberikan.

“Saya juga berharap agar pencapaian ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada warga TH untuk terus memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam menjadikan TH sebuah organisasi yang berprestasi tinggi,” ulas beliau. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI