fbpx

Kapal dagang ditahan berlabuh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal dagang yang ditahan APMM di Sungai Air Hitam, Kuala Langat, semalam.

KLANG – Tindakan sebuah kapal dagang yang disyaki berlabuh tanpa kebenaran mengundang padah selepas ditahan di kedudukan 2.6 batu nautika di barat daya Sungai Air Hitam, Kuala Langat dekat sini semalam.

Kapal yang difahamkan berlayar dari Liberia itu ditahan Maritim Malaysia (APMM) pukul 1.05 petang.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, penahanan itu dilakukan ketika pihaknya melaksanakan operasi bersepadu dengan Jabatan Laut Wilayah Tengah.

“Kita mengesyaki kapal tersebut melakukan kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut.

“Seramai 18 kru kapal termasuk nakhoda berusia 20 hingga 55 tahun turut diperiksa dan kesemuanya memiliki dokumen pengenalan diri sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kapten dan jurutera enjin kapal itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

“Kapal tersebut dipercayai bersauh di perairan Kuala Langat sementara menunggu untuk memasuki Pelabuhan Klang,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Mohammad Rosli menegaskan selain bot kecil dan feri penumpang, kapal yang membawa muatan keluar masuk perairan itu diperiksa pihaknya.

“Langkah itu bagi memastikan kesemua kapal yang berada di perairan negeri ini mematuhi arahan dan undang-undang yang ditetapkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI