fbpx

Jangan bimbang status produk daging pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Hamzah (dua dari kiri) melihat produk cendawan yang dihasilkan oleh Agropreneur Muda, Muhammad Syazwan Zainal Abidin (empat dari kanan) di Benut, Pontian, Johor.

PONTIAN – Orang ramai khususnya umat Islam tidak perlu bimbang terhadap produk daging di pasaran kerana pengimportan ke negara ini melalui pemeriksaan ketat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, bekalan daging yang dibawa masuk perlu melalui proses tertentu di beberapa agensi kerajaan.

“Sebaik tiba di pintu masuk negara, beberapa proses ketat perlu dilakukan sama ada di bawah Jabatan Veterinar dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

“Malah Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga melakuan pengauditan bagi memastikan daging ini selamat dan halal.

“Jadi tidak perlu khuatir dengan daging. Namun keluar daripada kawasan pelabuhan, bukan lagi urusan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Lawatan Kerja Agropreneur Muda di Benut di sini hari ini.

Kelmarin, satu akhbar mendedahkan laporan mengenai kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui status halal dan kualitinya.

Maqis namun sebelum itu melakukan serbuan terhadap sebuah kilang di Senai yang didakwa menyeludup daging sejuk beku ke negara ini dan membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal palsu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ahmad menjelaskan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dan dalangan kejadian tersebut.

“Ia masih disiasat oleh beberapa kementerian dan agensi kerajaan. Oleh itu, kita perlu beri ruang agar disiasat ini dapat dijalankan dengan teliti,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI