fbpx

Jalan Gua Musang-Lojing runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN jalan runtuh dekat jalan Gua Musang-Lojing di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang.

GUA MUSANG – Pengguna jalan raya diminta berhati-hati menggunakan laluan Jalan Gua Musang-Lojing di sini berikutan terdapat satu lokasi kejadian jalan runtuh di kawasan tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Sik Choon Foo berkata, lokasi kejadian jalan runtuh berlaku dekat Tanah Tinggi Lojing menghala Cameron Highlands, Pahang atau Ipoh, Perak itu ditutup separuh jalan.

Beliau menasihatkan pengguna yang ingin pulang kampung atau bercuti di Cameron Highlands sempena menyambut Krismas supaya berhati-hati melalui jalan itu.

“Setakat ini, hanya lokasi itu sahaja berlaku kejadian jalan runtuh yang serius di kawasan berkenaan.

“Pengguna jalan raya harus berwaspada kerana selain berlaku jalan runtuh terdapat juga banyak laluan selekoh bahaya di situ,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo berkata, tiada laluan alternatif untuk pengguna dari Tanah Tinggi Lojing ke Gua Musang kerana ia merupakan jalan utama yang menghubungkan dua lokasi itu.

Katanya, laluan itu juga menjadi laluan pengguna dari Ipoh dan Cameron Higlands ke Kelantan melalui Gua Musang.

“Kejadian jalan runtuh di lokasi itu dipercayai berlaku pada 13 Disember lalu akibat hujan lebat berterusan mengakibatkan kemusnahan struktur tanah.

“Kedalaman runtuhan itu sedalam 25 meter dan boleh terdedah kepada kejadian tidak diingini jika pengguna tidak mengambil perhatian serius terhadap keadaan jalan itu,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Orang Asli yang tinggal di Tanah Tinggi Lojing, Atan Kassim, 44, berkata, berkata, keadaan lebih membimbangkan setiap kali berlaku hujan lebat menyebabkan jalan di laluan itu semakin terhakis.

Katanya, meskipun belum berlaku kejadian tidak diingini, dia berharap pihak berkuasa dapat melakukan kerja baik pulih dengan segera. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI