fbpx

Bayi, warga emas Orang Asli naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAKIT Orang Asli dari Pos Balar, Gua Musang dibawa menaiki helikopter ke Hospital Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) dengan membawa dua orang pesakit Orang Asli yang demam panas ke Hospital Gua Musang.

Penerbangan itu dijalankan untuk membawa seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Khairilnizam Aga dan seorang lelaki warga emas, Amata Alip, 63, yang tinggal di Pos Balar.
Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM Pangkalan Subang, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farhan Marzuki berkata, penerbangan itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada pukul 10.45 pagi.

Katanya, penerbangan menggunakan helikopter Agusta A109 E selamat mendarat di Pos Balar pada pukul 12 tengah hari.

“Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memohon helikopter untuk membawa pesakit yang sakit sejak tiga hari lalu itu kerana jalan perhubungan darat ke kampung mereka rosak teruk kerana hujan berterusan.

“Apabila sampai, pesakit dewasa yang menghidap asma diusung menaiki helikopter bersama bayi lelaki yang turut diiringi ahli keluarga mereka,” katanya.

Mohd. Farhan berkata, helikopter mendarat dengan selamat di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 12.30 tengah hari. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI