fbpx

PSG pecat Tuchel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL dipecat oleh PSG yang tidak berpuas hati dengan prestasi semasa pasukan itu ketika ini. - AFP

PARIS – Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan telah memecat Thomas Tuchel selaku ketua jurulatih berkuatkuasa serta-merta meskipun berjaya membantu pasukan menang 4-0 ke atas Racing Strasbourg awal pagi semalam.

Difahamkan, pengarah sukan PSG, Leonardo telah membuat keputusan tersebut susulan aksi hambar yang dipamerkan oleh Tuchel yang gagal mendominasi saingan Liga Perancis pada musim ini.

Bagaimanapun, Tuchel masih berjaya membantu kelab itu menjuarai peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini meskipun diundi dengan pasukan gergasi, Manchester United dan Red Bull Leipzig.

Antara calon yang dijangka mengambil alih posisi Tuchel adalah bekas pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino yang pernah mewakili pasukan itu ketika eranya sebagai pemain.

Malah, bekas jurulatih Juventus dari Itali, Massimiliano Allegri turut ditawarkan jawatan berkenaan termasuk ketua jurulatih skuad antarabangsa Perancis, Didier Deschamps.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI