fbpx

10,000 unit Rumah Prihatin buat warga Belia Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNUAR (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak sekolah sekitar Putrajaya ketika hadir pada Majlis Penyampaian Baucar Jom Balik Sekolah dan Barangan Infaq di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menyasarkan pembinaan 10,000 buah rumah mampu milik di bawah harga RM200,000 seunit khususnya untuk golongan muda bagi warga Wilayah Pesekutuan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau maklum ramai golongan muda ingin memiliki rumah sendiri di ibu kota namun harga rumah mampu milik ditawarkan masih dalam kategori mahal.

Katanya, projek pembinaan Rumah Prihatin itu bakal dibina mulai awal tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

“Pembinaan rumah mampu milik ini melibatkan agihan sebanyak 6,000 unit di Kuala Lumpur, 3,000 unit di Putrajaya dan 1,000 unit lagi di Labuan bagi pusingan pertama ini.

“Jika sebelum ini kita tawarkan rumah mampu milik dengan harga RM300,000 bagi seunit tetapi untuk rumah prihatin ini pula harga syiling yang ditetapkan tidak melebihi RM200 ,000 seunit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bantuan sumbangan baucar Back To School berjumlah RM100,000 kepada 1,000 pelajar- pelajar sekolah di Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, beberapa lokasi sekitar Putrajaya telah dikenal pasti antaranya Presint 5, Presint 7, Presinit 14 dan Presint 19.

Katanya lagi, keutamaan diberikan kepada golongan muda yang baru berkahwin untuk memastikan mereka memiliki aset rumah.

“Sebenarnya ramai mahu menetap dan memiliki rumah di ibu kota namun masih tidak mampu membelinya.

“Jadi, dengan projek perumahan bakal kita laksanakan ini, kita akan pastikan golongan muda dapat membeli rumah dengan kemampuan kewangan yang ada,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI