fbpx

Wanita kahwini bapa sahabat karib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BECKI PRICEi Price (kiri) nekad berkahwin dengan bapa rakan baiknya (tengah) selepas sembilan tahun berkenalan. – Caters News Agency

LONDON – Seorang wanita memilih untuk berkahwin dengan bapa sahabat karibnya selepas sembilan tahun menerima kritikan orang ramai mengenai hu­bungan cinta tersebut disebabkan jurang usia 23 tahun antara mereka.

Becki Price, 41, berkata, dia berkenalan dengan suaminya, Blue Price, 64, melalui sahabat karibnya, Catherine Lott, 14 tahun yang lalu, lapor Mirror UK baru-baru ini.

Hubungan cinta pandang pertama mereka pada mula­nya mendapat tentangan ba­nyak pihak termasuk Catherine sen­diri tetapi Becki memilih untuk tidak mempedulikannya.

“Saya kehilangan ramai ka­wan kerana mereka berasakan hubungan kami pelik tetapi jarak umur bukan satu hala­ngan buat saya,” katanya.

Menurut Becki, mereka memilih untuk berkahwin selepas kematian ayah Becki sebulan sebelumnya bagi membuktikan hubungan mereka adalah serius.

“Ayah ialah orang yang paling mahukan kami berkahwin. Dia memberitahu kehidupan ini singkat jadi pilih untuk bergembira dan berkahwin,” ujarnya.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2015 itu kini tinggal di Bream, Gloucestershire bersama empat anak Becki yang masing-masing ber­usia 15, 19, 22 dan 24.

Blue turut berkongsi pera­saan sama dengan isterinya dan memberitahu hubungan dengan Becki adalah yang pa­ling lama pernah dimilikinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI