fbpx

Robot anjing diguna jelajah Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBOT menyerupai anjing ini sesuai digunakan di Marikh kerana tangkas dan mempunyai sensor yang boleh menghindari halangan.

ROBOT berkaki empat yang menyerupai seekor anjing akan membantu para pengkaji untuk mencari tanda-tanda kehidupan serta lokasi yang sesuai untuk didiami di planet Marikh.

Berdasarkan laporan daripada Live Science, robot tersebut yang dikenali sebagai Au-Spot dilengkapi dengan sistem kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan mempunyai kemampuan untuk menjelajah planet tersebut.

Selain itu, robot itu juga dilengkapi dengan rangkaian peralatan pancaindera untuk membantunya secara sendiri mencari navigasi kawasan berbahaya serta kawasan gua di bawah permukaan planet Marikh.

Para penyelidik daripada Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah memperkenalkan robot anjing tersebut di mesyuarat tahunan Kesatuan Geofizik Amerika.

Kata para saintis, robot tersebut mempunyai ketangkasan, ketahanan dan disertakan dengan sensor yang membolehkannya menghindari halangan, memilih antara beberapa jalan dan membina peta maya terowong serta gua.

Banyak kawasan di Marikh yang sangat menarik untuk diterokai tetapi ia hanya dapat dilakukan dengan melintasi medan yang sangat sukar untuk diakses.

Tetapi robot anjing tersebut sangat sesuai untuk menghadapi cabaran seperti itu, walaupun jatuh, mereka dapat bangun semula.

“Dengan menggunakan algoritma pemulihan, robot ini dapat bangun semula walaupun banyak kali terjatuh,” kata para saintis ketika pembentangan.

Robot tersebut juga lebih ringan dan mampu untuk melakukan perjalanan dengan lebih cepat dan mencapai kelajuan berjalan normal lima kilometer per jam sewaktu ujian dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI