fbpx

RM37 juta diperlukan penuhi sasaran kutipan zakat Maik tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Nur Syuhada (dua dari kiri) menyampaikan cek zakat perniagaan sebanyak RM150,000 kepada Zulkifle.

KOTA BHARU – Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) memerlukan kira-kira RM37 juta untuk mencapai sasaran kutipan zakat sebanyak RM210 juta pada tahun ini.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Zulkifle Ab. Rahman berkata, sebanyak RM175 juta zakat berjaya dikutip termasuk menerusi bayaran secara dalam talian setakat ini.

“Kita berharap sasaran kutipan sebanyak RM210 juta itu dapat dicapai sehingga hujung tahun ini dan menyeru kepada orang ramai supaya berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan sebanyak RM150,000 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sobella Beauty Sdn. Bhd.,Wan Nur Syuhada Wan Norzie.

Dalam majlis itu, Wan Nur Syuhada turut menyumbangkan zakat pendapatan sebanyak RM55,000.

Mengulas lanjut, Zulkifle berkata, sebanyak RM18.24 juta dikutip menerusi bayaran zakat secara dalam talian sehingga semalam.

“Kutipan itu termasuk ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas yang juga menunjukkan peningkatan.

“Setiap pembayar zakat melebihi RM10,000 akan dibuka akaun emas gold-i di Bank Muamalat. Mereka juga diberikan kupon sebanyak RM20 untuk berkunjung di kedai makan atau restoran milik golongan asnaf di bawah Maik,” katanya.

Menurutnya, kesemua zakat yang dikutip akan diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan bagi meringankan beban mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI