fbpx

Rain pernah bertepuk sebelah tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIN

PENYANYI popular Rain membuat pendedahan menarik mengenai sejarah percintaannya bersama isteri, aktres Kim Tae-hee sehingga kedua-dua mereka berkahwin dan membina kehidupan berkeluarga.

Ketika muncul menerusi program Season B Season bersama Jang Sung-kyu, Rain mengunjungi kediaman seorang peminat setianya dan memasak beberapa jenis hidangan.

Sewaktu sedang sibuk di dapur, Sung-kyu bertanya kepada peminat Rain apakah dia berasa kecewa selepas mendapat tahu berita perkahwinan Rain pada 2017.

Secara berseloroh, peminat itu berkata, dia tertanya-tanya mengapa Kim Tae-hee menyukai Rain kerana menganggap aktres itu mampu mendapat lelaki jauh lebih baik.

Wanita itu kemudiannya bertanya sendiri kepada Rain, siapakah yang memulakan langkah pertama dan berapa lama masa diambilnya untuk memenangi hati Tae-hee.

“Saya yang mula-mula mengajaknya keluar. Saya ambil masa selama setahun untuk mendapatkan jawapan ‘ya’ daripada dia. Setahun ya,” kata Rain.

Pelantun lagu La Song itu juga mengakui dia bertepuk sebelah tangan selama setahun ketika mengejar cinta Tae-hee sebelum kemudiannya mereka berkahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI