fbpx

PTTI terima Anugerah BrandLaureate buat pertama kalinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Selepas le­bih lima tahun beroperasi, pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI buat kali pertama me­nerima Anugerah BrandLaureate Bestbrands in Online Education Platform (Platform Pendidikan Dalam Talian).

Ketua Pegawai Eksekutif pusat pengajian tinggi itu, Siti Farhana Abu Osman berkata, anugerah tersebut menjadi bukti­ kelangsungan syarikat untuk terus mendidik pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.

“Di sebalik ujian ketika semua rakyat berdepan dan bergelut dengan pandemik Covid 19, anugerah ini menjadi satu rahmat terindah buat kami di PTTI.

“Pengiktirafan ini menjadi satu anjakan paradigma bagi kami kerana ia terlalu besar dan menjadi sejarah baharu buat kami seiring dalam membiasakan norma baharu menerusi pendidikan secara online.

“Kejayaan ini hasil dedikasi seluruh warga kerja PTTI dan ia termasuk guru yang bertungkus lumus menyalurkan ilmu berharga­ kepada pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluar­kan bersempena penerimaan anugerah daripada Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan di sini baru-baru ini.

Menurut Siti Farhana, PTTI bermula secara tidak rasmi sekitar tahun 2014 dan hanya pada tahun 2016, pusat berkenaan semakin agresif dalam usaha me­nawarkan ilmu kepada pelajar.

“Untuk sampai ke tahap sekarang, ia bukan satu laluan mudah. Pengalaman dan pergelutan mematangkan kami di PTTI.

Tambah beliau, pihaknya mengajar pelajar SPM tanpa perlu menghafal mata pelajaran semata mata, tetapi sebaliknya pelajar perlu memahami cara dan teknik yang betul dalam sesi pembelajaran.

“Melalui teknik tersebut, pelajar boleh menjawab pelbagai soalan dengan baik meskipun ia sukar,” katanya.

Siti Farhana menerangkan, PTTI mula memenangi hati pelajar apabila muncul di platform media sosial seperti di YouTube, Instagram, Facebook dan Tik Tok kerana berjaya membantu mereka­ dengan video pembelajaran secara percuma.

Sejak awal penubuhan hinggalah kini, mereka sudah membantu lebih 100,000 pelajar SPM memperoleh skor terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI