fbpx

Portfolio MB Perak, Exco diumum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (tengah) bersama 10 Exco selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad hari ini mengumumkan portfolio yang dipegang oleh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak.

Menurut Saarani, pengumuman tersebut bukanlah rombakan portfolio walaupun hampir semua Exco yang baharu dilantik merupakan barisan Exco lama daripada kerajaan sebelum ini.

“Perlu diingat ini bukan rombakan portfolio, tapi ini adalah kabinet yang baharu. Jadi tidak timbul masalah menukar atau merombak portfolio.

“Dengan Menteri Besar dan seorang Exco baharu, jadi sebagai Menteri Besar, saya menubuhkan pasukan baharu. Jangan salah faham bahawa ini rombakan, tiada rombakan dibuat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Selain memegang jawatan Menteri Besar, Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu turut memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Exco baharu, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (ADUN Sungai Manik) pula memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria pula menjadi Pengerusi Jawankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan manakala ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan.

ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya memegang Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor manakala Abdul Yunus Jamahri (ADUN Kuala Kurau) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil.

Mohd. Akmal Kamarudin yang merupakan ADUN Selama akan memegang portfolio Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau manakala Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin (ADUN Kampung Gajah) pula menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

ADUN Sungai Siput, Datuk Mohd. Zolkafly Harun diumum sebagai Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam; Khairul Shahril Mohamed (ADUN Bota) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia manakala Ahmad Saidi Mohamad Daud (ADUN Changkat Jering) pula memegang portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI