fbpx

Penarik kereta ditemui mati ditetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Toyata Velfire yang dinaiki dua mangsa terbabas sebelum salah seorang ditetak dalam kejadian di Kilometer 40.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sedenak, Johor, Ahad lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang penarik kereta ditemui maut di dalam longkang di Kilometer 40.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sedenak, Kulai dekat sini dalam kejadian Ahad lalu.

Mangsa berusia 34 tahun itu ditemui mati dengan beberapa tetakan dan kecederaan pada anggota badan serta kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire.

Menurutnya, mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur daripada kerja menarik kereta di Johor Bahru susulan pemiliknya gagal membayar wang ansuran bulanan.

“Kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa terbabas sejurus dihimpit dua buah kenderaan yang lain.

“Pelanggaran tersebut dipercayai berpunca rasa tidak berpuas hati terhadap mangsa yang menarik kereta Toyota Velfire berkenaan,” katanya.

Md. Yusof berkata, mangsa ditetak beberapa kali sebelum ditinggal dan disahkan meninggal dunia manakala rakannya sempat melarikan diri.

Jelasnya, susulan kejadian itu polis berjaya memberkas dua lelaki berusia 26 dan 33 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI