fbpx

Mengaku tidak salah tikam kekasih, cuba bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menikam kekasihnya hingga cedera parah dan cuba membunuh diri dengan meminum racun, minggu lalu.

Tertuduh Chong Lai Ann, 46, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang juga pemandu lori itu dituduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas kekasihnya, Hin Sak Wah, 58, dengan menggunakan sebilah pisau.

Bagi pertuduhan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan cubaan bunuh diri dengan cara meminum racun mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Jalan Kinrara, di sini, pukul 4.24 petang pada 12 Disember lalu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd. Jafri tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan pertuduhan pertama tertuduh adalah kes yang tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian tidak menetapkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 18 Januari 2021 untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI