fbpx

Maqis rampas produk babi dari Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRODUK babi dari Korea yang tidak mempunyai permit import dirampas Maqis, Ahad lalu.

KLANG – Kepantasan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya mengagalkan cubaan menyeludup masuk 354.96 kilogram (kg) produk babi yang baharu tiba di Pelabuhan Klang Utara di sini, Ahad lalu.

Kesemua produk dari negara Korea bernilai RM9,403.29 dikesan pukul 10 pagi hasil pemeriksaan Maqis.

Pengarah Maqis Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, siasatan mendapati produk tersebut itu tidak mempunyai permit import yang sah dan baharu tiba di pelabuhan tersebut pada hari kejadian.

“Kesemua produk itu diletakkan di dalam kotak dan disusun ke dalam kontena bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Produk itu dipercayai dibawa masuk untuk dijual kepada warga Korea yang berada di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kesemua barangan tersebut kini ditahan untuk tindakan lanjut dan pihaknya telah mengenal pasti syarikat tempatan yang melakukan kegiatan tersebut.

Tarmisal menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI