fbpx

Lewy pilih untuk merendah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI mempamerkan persembahan memukau musim lalu apabila meledak 55 gol untuk muncul penjaring kedua terbanyak kelab itu di belakang Gerd Muller. – AFP

MUNICH – Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Perseku­tuan Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) 2020, Robert Lewandow­ski (Lewy) mengakui persembahan sejak beberapa musim lalu belum menyamai apa yang dilakukan oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Messi dan Ronaldo mendo­minasi Anugerah Ballon d’Or se­panjang 11 musim lalu kecuali pada 2018 yang dimenangi oleh Luka Modric, namun musim ini anugerah berkenaan dibekukan kerana pandemik Covid-19.

Lewandowski menjadi watak utama ketika Bayern Munich berjaya merangkul kejuaraan Bundesliga dan Liga Juara-Juara musim lalu.

Bagaimanapun, bintang Poland itu tidak berminat untuk bercakap mengenai perban­dingan antara dirinya dan dua pemain berkenaan kerana ke­semua mereka mempunyai ke­lebihan masing-masing.

“Messi dan Ronaldo berada pada ‘meja’ yang sama untuk tempoh yang agak lama dan membuatkan mereka tidak bo­leh dijadikan perbandingan dengan pemain lain.

“Untuk menjawab persoalan anda, saya tidak dapat bayangkan bagaimana saya mampu untuk berada ‘semeja’ dengan mereka.

“Namun, jika melihat kepada statistik persembahan saya untuk musim lalu dan sebelum itu, saya fikir sudah memberikan yang terbaik dalam aspek prestasi dan jumlah jaringan gol.

“Berada ‘semeja’ dengan Mes­si dan Ronaldo agak mustahil tetapi saya mungkin boleh menjemput mereka untuk ber­ada di ‘meja’ saya,” katanya berseloroh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI