fbpx

JDT lamar pemain Indonesia, Syahrian Abimanyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Indonesia, Syahrian Abimanyu dilamar untuk bermain bersama JDT.

JOHOR BAHRU – Setelah mengumumkan Danial Amier Norhisham sebagai pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam, skuad Harimau Selatan itu hari ini mengumumkan seorang lagi pemain baharu dari Indonesia, iaitu Syahrian Abimanyu.

Menerusi satu kenyataan dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi kelab bola sepak itu, pemain berusia 21 tahun berkenaan merupakan sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang JDT.

“Kelab Bolasepak JDT telah menandatangani bekas pelatih Levante berusia 21 tahun, Syahrian Abimanyu dari Indonesia.

“Ini sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang kelab,” jelas kenyataan ringkas tersebut.

Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan Danial Amier yang sebelum ini bermain untuk FELDA United bakal menyarung jersi Harimau Selatan dengan kontrak selama dua tahun.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI