fbpx

Isteri pemandu lori rugi RM21,000 terjerat cinta palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang suri rumah berusia 53 tahun di Butterworth di sini kerugian wang lebih RM21,000 selepas dipercayai terjerat dalam penipuan cinta palsu di laman sosial Facebook semalam.

Mangsa yang merupakan warga Thailand itu dikatakan menyerahkan wang simpanan dan wang milik suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori selepas gelap mata apabila ditawarkan hadiah oleh ‘kekasih’ alam maya itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa dipercayai terjerat dalam sindiket parcel scam selepas dia berhubung dengan ‘lelaki’ tersebut pada 12 Disember lalu melalui aplikasi Messenger.

“Wanita itu teruja apabila jejaka berkenaan menawarkannya hadiah berupa wang tunai matawang Amerika Syarikat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy menambah, mangsa kemudiannya menerima panggilan daripada individu yang mendakwa wakil syarikat kurier yang mahu menghantar bungkusan hadiah tersebut, namun mangsa dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu kononnya untuk pelepasan cukai.

“Dia yang teruja telah membuat tujuh transaksi memasukkan wang pada Sabtu dan Ahad lalu ke dalam satu akaun yang diberikan.

“Wanita itu bagaimanapun menyedari ditipu selepas dia menyerahkan wang simpanan dan wang milik suaminya berjumlah RM21,630 apabila suspek berterusan meminta dia menyerahkan wang,” katanya lagi.

Noorzainy berkata, mangsa tampil membuat laporan polis semalam.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI