fbpx

Harimau kumbang jantan dilepaskan ke habitat asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU kumbang jantan seberat 47 kilogram yang berjaya ditangkap di Kampung Tengah, Seri Menanti kelmarin.

KUALA PILAH – Seekor harimau kumbang yang ditangkap selepas haiwan liar itu memasuki jerat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di Kampung Tengah, Seri Menanti dekat sini kelmarin telah dilepaskan semula ke habitat asal.

Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun berkata, harimau jantan dengan berat kira-kira 47 kilogram itu dilepaskan di kawasan perlindungan yang jauh dari penempatan penduduk bagi tujuan keselamatan.

Katanya, sebelum dilepaskan harimau itu telah diberikan ubat untuk ditidurkan dalam tempoh 30 minit bagi tujuan rawatan.

“Proses morfologi dan rawatan termasuk pengambilan sampel darah dan sampel bulu telah dilaksanakan dan pihak kami juga mengambil ukuran serta berat harimau kumbang berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati harimau kumbang itu ber­ada dalam keadaan sihat dan sesuai untuk dilepaskan kembali ke habitat asal,” katanya di sini semalam.

Wan Mat berkata, kakitangannya sudah berada di kawasan lapangan iaitu kawasan jerat berkenaan dipasang bagi me­ngenal pasti kesahihan sama ada terdapat seekor lagi harimau kumbang.

Katanya, pihaknya juga akan menganalisa rakaman kamera yang dipasang berhampiran pe­rangkap harimau berkenaan.

“Kita juga akan melihat tapak kaki harimau dan keberangkalian haiwan berkenaan mempunyai pasangan lain di lokasi itu.

“Sekiranya benar dakwaan penduduk, kita akan mengaktifkan kembali perangkap demi ke­selamatan penduduk.

Kosmo! semalam melaporkan seekor harimau kumbang yang membaham haiwan ternakan sejak Oktober lalu berjaya ditangkap, namun penduduk masih lagi berasa bimbang susulan terdapat seekor lagi harimau kumbang dilihat di luar perangkap ber­kenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI