SEBERANG PERAI – Sebuah bilik menyimpan fail di Hospital Bukit Mertajam di sini dijilat api dalam kebakaran hari ini.
Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu turut mengakibatkan sebahagian fail mengandungi rekod perubatan musnah.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang tiba di lokasi sejurus menerima panggilan mendapati sebuah bilik penyimpanan fail telah terbakar.
“Ia membabitkan kawasan seluas 80 kaki persegi yang hangus 20 peratus.
“Bagaimanapun kebakaran itu tidak melibatkan mangsa,” katanya kepada pemberita hari ini.
Usaha memadamkan kebakaran dilakukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam. – K! ONLINE