fbpx

Banjir Terengganu semakin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penduduk mula mengemas rumahnya selepas banjir surut di Teluk Kalong, Kemaman hari ini.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu semakin pulih dengan hanya enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dungun dan Kemaman.

Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, seramai 185 mangsa daripada 51 keluarga masih menetap di kesemua PPS berkenaan.

“Dungun masih mempunyai 146 mangsa daripada 43 keluarga yang menetap di empat PPS.

“Mereka masih ditempatkan di PPS Dewan Sivik Paka, Dewan Serbaguna Paya Kemudi, Dewan Masjid Kampung Serdang, Sekolah Kebangsaan (SK) Delong,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Che Adam berkata, dua PPS masih beroperasi di Kemaman iaitu SK Binjai dan SK Bukit Mentok.

Tambah beliau, kedua-dua PPS berkenaan masih dihuni 39 mangsa daripada lapan keluarga.

Banjir gelombang keempat yang melanda Terengganu sejak Khamis lalu telah menjejaskan kira-kira 8,000 penduduk terutama di empat daerah iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI