fbpx

400 kilang berikan amaran akhir buat pemutihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Fadzli (kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan melukis anjuran MPK,hari ini.

KLANG – Kira-kira 400 kilang di daerah ini diberikan amaran terakhir agar segera melakukan proses pemutihan sebelum tindakan tegas dilakukan kepada mereka.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, tempoh pemutihan yang diberikan adalah sehingga 31 Disember ini.

“Sehingga kini, terdapat kira-kira 400 daripada 700 kilang yang belum menghantar dokumen kepada pihak majlis dalam tempoh berbaki tujuh hari lagi.

“Jika mereka gagal berbuat demikian, kita akan mengambil tindakan drastik sama ada memotong bekalan air, elektrik atau membuat sitaan seiring dengan arahan kerajaan negeri sebelum ini,” katanya ketika menyampaikan hadiah Program 130 untuk kategori video, fotografi dan melukis di lobi MPK, hari ini.

Jelas beliau, tempoh masa pemutihan telah lama diberikan difahamkan sejak 2008 dan tidak akan dilanjutkan bagi mengelakkan lebih banyak kilang haram dibuka lagi.

Terdahulu, Kerajaan Selangor sudah memberi tawaran untuk pemilik tanah dan kilang haram menjalankan proses pemutihan sejak tahun 2008 lagi.

Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terakhir pada 2018 memutuskan agar tindakan itu dipanjangkan sehingga 31 Disember 2020. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI