fbpx

1,348 kes baharu, lima kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes positif Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,348 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 98,737 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 16 kes adalah kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 1,332 kes melibatkan penularan tempatan.

“Selain itu, sebanyak 710 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 80,014 kes.

“Terdapat lima lagi kematian baharu di Selangor, Sabah, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan melibatkan dua wanita dan tiga lelaki berusia antara 40 hingga 71 tahun menjadikan sebanyak 444 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 102 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 44 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI