fbpx

Yuni Shara berbual dengan pokok hilangkan sunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Indonesia, Yuni sudah 12 tahun bergelar janda. - Instagram

JAKARTA – Penyanyi popular Indonesia, Yuni Shara mengakui kehidupannya kini sepi dan dia sering berbual dengan tumbuhan sebagai terapi bagi menghilangkan perasaan itu, lapor portal Suara.com, kelmarin.

Pengakuan itu dibuat ketika bakal suami anak saudaranya yang juga selebriti media sosial, Atta Halilintar berkunjung ke rumah Yuni untuk membuat rakaman video YouTube.

“Bonda (panggilan untuk Yuni) sering bercakap sendiri di halaman rumah?” 

“Adakah bonda sesepi itu,?’ tanya Atta.

Yuni mengakui hidupnya sepi dan sering beralih kepada pokok-pokok yang ditanamnya untuk dijadikan teman berborak.

“Berbual dengan tanaman membuatkan saya lebih bersyukur dengan kehidupan,” katanya.

Menurut kakak kepada Kris Dayanti itu, dia dapat merasakan hubungan rapat dengan pokok-pokok tanamannya sejak mula berbicara dengan mereka.

“Selepas waktu Subuh, saya akan keluar ke laman rumah dan berbual dengan pokok.

“Jika ada hari saya berasa kurang sihat, percaya atau tidak, pokok-pokok saya semuanya layu,” katanya.

Yuni pernah berkahwin dengan Henry Siahaan pada 2002 sebelum bercerai pada 2008 dan bergelar janda sehingga sekarang. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI