fbpx

Warga emas teruja jumpa PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kanan) berbual-bual dengan Aminah sewaktu mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, Rantau Panjang. FOTO - YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Mangsa banjir yang masih bersedih dilihat ceria apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang meninjau keadaan mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini hari ini.

Seorang mangsa banjir, Aminah Abdullah, 60, berkata, kunjungan Perdana Menteri itu menunjukkan keprihatinan pemimpin negara terhadap mangsa banjir yang mula berpindah ke PPS tersebut sejak Sabtu lalu.

“Perasaan saya begitu teruja dan gembira apabila mendapat tahu pemimpin nombor satu negara hendak datang ke sini.

“Sebelum ini, saya hanya melihat beliau menerusi televisyen sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aminah memberitahu, ini kali pertama dia melihat tokoh itu secara dekat selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pagoh itu tiba di PPS berkenaan pada pukul 10 pagi menggunakan helikopter yang berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Gong Kedak, Terengganu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI