JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Indonesia menerima album solo artis Korea Selatan, Kai daripada kumpulan EXO sebagai salah satu barang hantaran perkahwinannya, hujung minggu lalu.
Gambar barang hantaran itu tular apabila ia dimuat naik di laman Instagram salah seorang tetamu majlis perkahwinan itu.
Pengantin yang dikenali sebagai Grace ,31, memberitahu album itu adalah hadiah istimewa daripada suaminya, Pirzi sempena hari perkahwinan mereka, lapor Tribunnews.com, semalam.
“Saya memang meminati artis K-Pop dan Kai EXO adalah artis yang paling saya gemari.
“Sudah lama saya ingin membeli album Kai dan suami membuat kejutan dengan menjadikannya barang hantaran perkahwinan kami,” katanya kepada Tribunnews.com.
Tambah Grace, suaminya tidak pernah membantah dan malah memahami minatnya terhadap artis K-Pop.
“Saya gembira kerana suami melayan sahaja kerenah saya yang meminati artis K-Pop,” ujarnya. – Agensi