fbpx

Wanita cemas terperangkap dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memotong mangga yang rosak bagi menyelamatkan seorang wanita terperangkap di dalam rumahnya.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita buntu selepas dia terperangkap di dalam rumahnya akibat pintu utama rosak dalam kejadian di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini malam semalam.

Detik cemas itu dialami suri rumah berusia 45 tahun berkenaan kira-kira pukul 7 malam sebelum disedari suaminya yang baru pulang dari kerja.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Fauzi Che Deris berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.16 malam.

Katanya, 13 anggota beserta dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Difahamkan, wanita berkenaan baharu selesai menyidai pakaian di bahagian garaj rumahnya sebelum kembali memasuki rumah dan mengunci pintu.

“Tidak lama kemudian suaminya pulang dan menyedari isterinya terperangkap di dalam rumah kerana pintu rumah berkenaan rosak.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kemudian mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong mangga yang rosak menggunakan ‘cutter’,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fauzi, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 7.41 malam selepas memastikan mangsa berada dalam keadaan selamat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI